Friday, December 2, 2011

CINTA.

assalamualaikum. selamat pagi. salam 1 malaysia. heee. >.<


dah lama saya tak update kan ? saya mmg malas yg teramat sgt nak update. kdg2 nak update tp taktau nak tulis apa. heee. okay watlek watpeace dulu. mesti tak sabar2 nak bace tentang entry saya kali ni yg bertajuk ' cinta '. *perasan kejap. ekh. mcm lah ada org nak bace. heee. >.< sy update entry kali ni tentang ' CINTA ' sbb kebelakangan ni saya tgk ramai yg tengah syok bercinta , sedih putus , emo sana emo sini sbb CINTA. nak2 kan kalau saya log in je mukabuku , fuhhh hamikkk , news feed saya sangat penuh dgn status pasal CINTA. sometimes sy menyampah jugak lah kennn. ekh korang tak menyampah ke ? dahlah log in je , tgk kawan-kawan update status CINTA , dah tu kalau sorang dua orang takpe , ni kalau awk scroll scroll scroll hamek , semua pasal CINTA jeee. tp tak semua sama. ada yg bahagia , ada yg kecewa , ada yg sedih , ada yg rasa mcm hidup ni dah gelap. tp sometimes saya tak salah kan diorang sbb berjiwang kt status. tu hak diorang lah kan. sbb tu mukabuku diorang. lgpun bg saya , mukabuku dah mcm diary so biarlah diorang nak berjiwang ke nak bersedih ke. tu hak diorang , kita as salah seorang pengguna mukabuku pun kene lah hormat jugak ken. jangan korang nak maki hamun diorang segala bagai. sbb bercinta pada usia yg muda. ekh , ada ke ea dalam undang-undang CINTA mengatakan yg CINTA ada tahap umur ? setahu saya tak de kan ? sebenarnyee semua orang ada hak nak bercinta , tp bila dah masuk dalam dunia CINTA tu pandai2 lah kan mcm mana nak jaga hubungan korang. zaman sekarang ni dah tak kira umur nak bercinta. ekh , ada yg darjah 6 dah couple & sampai sekarang hubungan diorang kekal , alhamdulillah. sbb apa diorang dapat bertahan lama ? sbb diorang bijak dalam mengendalikan segala masalah dalam hubungan diorang. jeles ? siapa yg dalam hidup dia , tak pernah langsung ada perasaan jeles ? angkat bulu kening sikit. hmmm. tipu lah kan kalau dlm hubungan takde langsung rasa cemburu. normal lah tu weh. ekh kalau bff saya dekat dgn musuh sy pun sy jeles , inikan gf / bf korang dekat dgn org yg korang tak suka ken. suami isteri pun ada cemburu tu weh. ekh , yg penting dalam hidup ni korang akan cemburu kalau org yg korang sayang dekat ngn orang lain. itu fakta yeee. sy ni bukan lah mahir sgt dalam bab2 CINTA ni , tp melalui org sekeliling saya belajar apa tu CINTA ? saya memang takde bf , tp saya pernah ada bf. saya mengaku yg saya teramat sangat lah jeles kalau bf saya , menggedik dgn perempuan lain. normal lah tu weh. ada yg tanya , kenapa sy taknak bercinta lagi ? hm. siapa kata saya tak bercinta ? saya masih bercinta. saya cinta kan Allah , saya cinta kan ibu bapa , saya cinta kan adik-beradik saya , saya cinta kan saudara-mara saya , saya cinta kan guru-guru saya , saya cintakan rakan-rakan saya , saya cintakan seluruh umat islam di dunia ini , tp cinta dgn pasangan ? masih belum ada lg , insyaallah suatu hari nanti. saya tak peduli orang kata apa ? nak kata saya tak laku ke tak cantik ke ? saya memang tak kesah. sbb saya tahu Allah dah sediakan saya seorang lelaki yg boleh bimbing saya , insyaallah. saya selalu berpegang dgn kata ' jangan kejar cinta , biarlah cinta yg kejar kita '. tp zaman hari ni saya tgk ramai sangat kejar CINTA. kalau korang terlalu kejar sangat cinta , ni lah jadinya , hubungan tak dapat bertahan lama. sbb korang kejar cinta & korang tak fikir yg korang dah bersedia ke untuk bercinta. saya juga mengaku , sebagai remaja yg semakin membesar , kita nak juga merasa bercinta. yelah kan tgk kawan2 semua bercinta. kita pun nak jugak kan. sbb kita rasa mcm malu sangat kalau lepak dgn membe2 , diorang bwk couple masing2 & korang jeee takde. mestilah perasaan boring , sedih sbb korang takde mcm kawan2 korang. and awak-awak semua , tolong lah jangan mcm org gila desperate nak kan couple , pleaseee lah , mcm bangang lah weh. korang update status ' bak sini satu bf / gf '. korang tak de perasaan ke masa nak share status tu ? bg saya , kalau saya buat status mcm tu and share , saya rasa saya dah jatuhkan maruah sendiri. yeee betul. hm. tak salah korang nak bergurau , tp bergurau biarlah bertempat. and kalau korang rasa korang nak bercinta , tp perangai masih tak matang lg , saya sarankan lupekan jelah. sbb takut korang yg terluka nanti. dalam bercinta pun , kita akan diuji mcm2 , dari situlah boleh nilai sama ada kita dah matang or tak. dalam bercinta jugak , sebenarnyeee jangan dua2 kepala angin , panas baran sbb ni lg senang runtuh kan hubungan korang. lebih elok kalau seorang suka mengalah. kan lg bagus. jgn lah korang rasa kalau korang mengalah maknenyeee korang pengecut. bukannn. ! dalam hubungan takde istilah pengecut segala bagai. cuba korang bayangkan ea , kalau korang marah2 , pasangan korang tenangkan korang , mesti lepas tu korang boleh tersenyum kan. kalau korang marah2 , pasangan korang pun marah2 mcm nak gila , apa yg akan terjadi ? yeee anda betul , hubungan anda akan berkecai di sana sbb kan sifat tak matang anda. so , lepas ni cuba sorang watlek watcool ea , insyaallah korang bertahan lama. heee. serius , saya rasa mcm ekh betul ke saya yg taip ni ? heee. saya bukan lah jenis penjiwang & saya tak suka sangat kalau orang berjiwang lebih2 dgn saya , rasa mcm euwww. tak suka ? pegi blah. hm. untuk mohamad hafizal a.k.a apiz rainbow , saya tahu awk dgn dia dah 4tahun6bulan , memang suata masa yg sangat lama , memang dalam hubungan ni akan ada setan2 yg cuba untuk runtuhkan hubungan awk & dia , abaikan apa org cakap yg penting awk tau apa yg betul , mungkin ni belum titik terakhir dalam hubungan awk , mungkin boleh diperbaiki lagi , kalau awk rasa mmg dah tak boleh go on dgn dia lg , terima kenyataan yg awk bukan utk dia & dia bukan utk awk. engat , Allah tu dah tentukan jodoh kita. cuma kita perlu bersabar untuk terima jodoh tu. & jangan putus asa , sebab awk sendiri tunjukkan kelemahan awk. be strong , dude. Allah selalu di sisi kamu. saya mintak maaf kalau awk tak suka apa yg saya ckp. hmmm. guysss. okaylah. saya rasa sampai sini je , kalau ada umur lg saya sambung berceloteh ea. yg penting semua kena watlek , watpeace. heee. kalau korang sedih , kecewa , nak nangis , korang nangis lah dkt Allah , Dia sentiasa dengar. korang jangan sesekali rasa korang hilang pasangan korang , korang dah takde sesiape lg , jangan lupa korang ada Allah , ibu bapa , rakan-rakan. hamboiii. banyak kan korang saya ? heee. okay saya mmg nak pergi carik baby comel sy tu , kesian dia kene curik oleh manusia yg sangat berhati binatang. heee.


* if you love something let it go , if it comes back to you it's yours ,

* to love someone deeply gives you strength. being loved by someone deeply gives you courage.
* love doesn't make the world go round. love is what makes the rideworthwile

much love , dee dieya. >.<

Friday, November 18, 2011

hari -hari saya ceria dgn kehadiran mereka. -.-'

assalamualaikum. selamat petang. salam 1malaysia. HEEE. -.-'

faham tak tajuk entry saya kali ni ? mestilah faham kannn. kalau tak faham tu , meh sy terangkan , hm , maksud tajuk entry tu ialah ' hari-hari saya penuh dgn gelak tawa dgn adanya mereka '. hm siapakah mereka itu ? mereka adalah sahabat saya , sahabat yang paling saya sayang. okay. saya ada tiga sahaja sahabat yg boleh buat saya gembira , ketawa sampai hentak2 meja , gelak sampai org lain sakit hati. saya sayang diorang sangat sangat sangat. mereka adalah , bff saya & sahabat2 karib saya. mereka sangat cantik , comel. mereka memang terlalu cantik sehinggakan ada mulut2 busuk yg suka mengata mereka kerana cemburu dgn kecantikan mereka. HEHEHE. pehal byk sangat mereka ni ? HEHEHE. sajeee je taknak letak nama diorang dulu , saje jugak nak bg korang bace sampai habis. hm. saya akan letak gambar ohsem mereka & cerita sedikit tentang mereka. mereka penting dalam hidup saya. sangat penting. tidak ada yang boleh pisahkan kami melainkan Allah. okay , sekarang sesi untuk memperkenalkan org yg penting dalam hidup saya selain keluarga saya. mereka adalah jeng jeng jeng ~ ~ ~ ~ ~  :

# BFF


nama : nurhidayatul anis binti nawawi
tarikh lahir : 25 may 1995
bg saya : dia adalah bff saya.

okayyy. saya kenalkan yg ni dulu. bg saya , dia adalah nyawa saya. sebab apa ? sebab dia adalah sahabat terbaik yg saya pernah ada. dia bukan lah sahabat yang hadir bila saya dalam susah , tp dia adalah sahabat yg sentiasa ada dalam apa jua situasi. bukti nyeee , bila saya dalam susah dia lah yang akan bagi pelbagai nasihat , sokongan , dorongan. saya masih ingat lagi bila masa tu saya gaduh dgn mama. dia lah org pertama yang tahu.masa tu , saya & dia masih lagi kawan biasa. tp saya taktau kenapa hati ni tergerak utk call dia dulu , & masa tu saya tak malu nangis bila call dia. dia bg saya semangat. saya terharu sangat. terlalu banyak semangat yang dia bg. bila org dalam masalah , perkara pertama fikir mesti lari rumah kan , begitu juga saya , saya pun fikir mcm tu. tp dia banyak bg saya nasihat sampai saya rasa perbuatan lari rumah tu paling bodoh. setiap kali dia bg saya semangat , nasihat , sokongan , dorongan , tunjuk ajar , saya akan sangat terharu. dia bukan kawan yang bila dalam masalah , selesaikan dgn remeh. tp dia sahabat yg , bila saya ada masalah , masalah tu mcm masalah dia jugak. saya kenal dia masa sekolah rendah lagi. tp masa tu , saya tak rapat sangat dgn dia. tp bila naik tingkatan 1 , saya masih lagi tak rapat sangat dgn dia sebab dia ada geng. bila tingkatan 2 , saya okay okay je dgn dia & tak selalu sangat jumpa , bila tingkatan 3 , saya dah mula rapat sangat dgn dia , hm, makan dalam kelas sama2 , tak buat kerja sama2 , gosip sama2. saya rindu masa tu. rindu sangat. :((( bila saya tingkatan 4 , alhamdulillah saya dapat masuk sama kelas dgn dia , 4K3 , jyeah , kali ni saya dapat duduk sama2 dgn dia , okayyy , sumpah best sangat duduk dgn dia , sebab nyeee , dia sorang jeee boleh layan perangai saya , hanya dia seorang sahaja. kalau saya suka someone , dia jugak org pertama yg akan tau , sebab hanya dia je tau layan gila2 saya. sumpah saya terharu dah dgn dia. sayang dia banyak. kalau saya gaduh , dia jugak mesti akan benci diorang. saya rasa selamat pulak dgn dia. HEHEHE. takdelah , dia bukan backup saya , tapi dia sahabat karib utk selamanya. insyaallah. amin. okayyy , sekarang saya sedih sangat sebab saya takut tahun depan saya tak dapat duduk sama2 dgn dia , saya taknakkk turun lah , saya nak duduk dgn dia , saya taknak kelas tu , sebab mereka semua tak boleh jadi mcm dia. dia satu dalam sejuta. jyeahhh. saya sayang dia sangat. saya tak perlukan kawan berjuta-juta , tp cukuplah sekadar Allah bg saya peluang utk menjadi sahabat dia sehingga akhir hayat kami & bagilah saya peluang utk jadi sahabt yang terbaik untuk dia. YA ALLAH , janganlah kau ambil dia dari hidup aku , bagilah aku peluang utk ada dgn dia setiap situasi. YA ALLAH , terima kasih kau kurniakan aku sahabat sehebat begini. syukur alhamdulillah. saya sayang dia. saya bukan lesbian tp saya sayang dia kerana dia sahabat karib terbaik saya yg faham segala-gala tentang saya. bff , thanks dah jadi sahabat terbaik untuk saya. janganlah mendoakan perpisahan kami , kerana kami tak sanggup kalau itu terjadi. BFF. <3 -.-'

# sahabat karib saya


nama : atiqah binti azman
bg saya : dia adalah sahabat karib terbaik saya

okayyy. dia ni sahabat karib saya. dia juga penting dalam hidup saya. saya mula kenal si cantik ni bila dia mula masuk sekolah. dia masuk mgss masa form1. dia masuk pertengahan tahun mcm tu kot , mula2 saya tak suka sangat sebab maybe dia budak baru kottt , biaselah budak baru mesti ada yang anggap macam2 , then form2 saya tak sama kelas dgn dia , tp saya rapat lah jugak dgn dia , bila form3 saya dapat satu kelas dgn dia. jyeahhh. tak sangka dari sini saya rapat dgn dia , dia duduk sebelah saya , memang best gila , sebab dia jeee rajin layan saya cakap , & kalau nak tau , dia tau kebanyakan pasal family saya , bukan sebab dia penyibuk , tp sebab saya suka cite dgn dia , sebab dia bg respon yang sangat best , & kiteorang jugak paling berani berbual masa cikgu disiplin tgh ajar. okayyy. saya suka cara dia yg sangat sempoi , dia kalau cakap apa2 , dia mesti goyang2 kaki dia & buat muka comel dia tuhhh. kadang2 sakit hati jugak , tp dah tu perangai dia , tp comel jeee. saya rindu nak tengok dia makan. sebab kalau dia makan , dia mesti goyang kaki & pegang hujung sudu garfu. sangat luar biasa. dia jugak tak boleh tegur sebab kalau tegur dia buat something tu , dia mesti lagi galak buat , contohnyeee kalau dia goyang kaki , kalau suruh benti , lagi laju dia buat. rindu kau weh. :((( bg saya , dia sangat baik , even org selalu cakap dia pentingkan diri , tp bg saya & kawan-kawan dia yg dah rapat dgn dia , dia sangat baik dengan kawan-kawan. okayyy sekarang dia dah stay afrika sebab ayah dia dapat kerja sana , mula2 dia kata ayah dia jeee pegi tp last2 dia cakap semua ikut. sedih sangat dia pergi. kalau tak mesti dapat amik SPM same2. tapi takpelah , mungkin takdir dia stay sana. tp dah lama tak jumpa dia , rindu sangat2. kalau dia balik , saya nak jumpa dia nak peluk dia. HEHEHE. rindu lahhh. :((( YA ALLAH , janganlah Kau pisahkan kami , cukuplah sekali kesalahan yg aku dah buat , Kau peliharah hubungan kami supaya kami menjadi rakan yang saling membantu & saling mempercayai sampai akhir hayat. amin. saya sayang awak , kawan. <3 -.-'

# sahabat baik & gila-gila saya


nama : noor amira ayu binti armirol andy
bg saya : dia adalah sahabat karib yang paling gila-gila

okayyy. dia ni sangat sporting , kalau duduk dengan dia rasa nak gelak jeee. dia pun paling suka dengan ayat dia yg tak ade org boleh cakap. HEEE. saya mula kenal dia form3 tp tak kenal sangat lah. tp saya dah rapat dgn dia mase form4. dia ni cantik. kalau borak dgn dia , best jeee , dia ni tak suka berlagak even dia mewah sekali punnn , tak mcm sesetengah org yg baru kaya sikit , tapi dia punya kecoh YA AMPUNNN. HEEE. amek kau dah endon pulak. dia juga banyak membuat hari-hari saya lebih ceria. saya sayang dia. YA ALLAH , peliharah persahabatan kami sehingga ke akhir hayat kami. saya sayang awak banyak ah , kawan. <3 -.-'


okay sampai sini jeee. saya minta maaf kalau ada pihak terasa dgn apa yg saya cakap. tp ini takde kaitan dgn yang hiup atau mati. saya cuma cakap berdasarkan apa yang saya lihat. thanks sudi baca sampai habis , korang adalah semangat saya. LOVE.

much love , dee dieya. -.-'

Thursday, November 17, 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH. -.-'

assalamualaikum. selamat petang. salam 1malaysia. HEEE. -.-'

okay. sebelum tu , saya nak bersyukur kerana telah berjaya membuat 100% perubahan pada blog ni. mungkin lepas ni saya akan lebih bersemangat utk menulis banyak-banyak-banyak. HEEE. insyaallah. okay. saya pun dah letak gambar-gambar mereka yang bg saya adalah nyawa saya , sahabat karib saya , org yang saya minat , org yg banyak mmberi tunjuk ajar , orang yang banyak membuat saya senyum. mereka semua cantik , kacak , comel. okay. anda-anda semua dilarang sama sekali untuk merompak apa-apa yang ada dalam blog saya terutama sekali gambar-gambar ohsem saya. thanks. insyaallah saya akan memperkenalkan mereka dalam entry akan datang. insyaallah. okay. sampai sini jeee. saya tau blog saya tak sehebat blog abg aizul marcello yg saya minat. saya masih belajar lagi tentang blog. okay. kalau senang , add saya di facebook , like page blog saya , follow saya di twitter. semua link ada di sebelah kiri blog. thanks. sayang banyak banyak banyak. -.-'

much love , dee dieya. -.-'

PERASAAN. -.-'

aku benci perasaan. benci sangat sangat sangat. aku benci semua jenis perasaan. suka , ketawa , marah , kecewa , sedih , terluka. kalau kita happy , akan ada duka yg menimpa. kalau kita asyik ketawa , org akan kata hati kita cepat gelap. kalau kita suka marah , lama-2 muka kita nampak tua .kalau kita kecewa , mesti org sekeliling kita taknak tgk kita mcm tu kan. kalau kita sedih , hmmm aku benci perasaan ni. aku paling benci terluka , hmmm kenapa semua org nak buat aku terluka ? boleh tak sesekali Tuhan tu adil dengan saya. kenapa semenjak ni Tuhan selalu bg saya kecewa , sedih , terluka. YA ALLAH , cukup lah Kau bg aku kecewa sedih terluka sampai sekarang yang aku rasa tak mampu nak terima. sumpah tak mampu. Kau ambil abang yg paling aku sayang. tulah paling susah aku nak terima sampai sekarang. YA ALLAH , Kau hanya akan uji seseorang hamba tu kalau dia mampu. tp aku tak mampu nak tanggung semua ni. kenapa mesti Kau ambil orang yang aku sayang , tempat aku manja , tempat aku mengadu segala perasaan aku , tempat aku lepaskan geram , tempat aku nak nangis bila aku perlu , tempat untuk aku hilangkan perasaan rindu aku dekat org yg aku sayang. Kau tau kan aku tak mampu , tp kenapa Kau amik dia dari aku ? kenapa ? aku tak kuat YA ALLAH bila kau ambil dia dari aku. aku dah tak ada tempat mengadu , tempat nak manja , tempat nak meluahkan perasaan , tempat nak nangis , tempat nak marah , tempat nak mengadu bila aku stres , stres , stres & dia jugak tempat bila aku nak ada abang. abang , adik rindu abang. bila abg nak dtg dlm mimpi adik lagi ? adik rindu abg lahhh. dengar ke takkk ? abg , setiap malam adik berdoa supaya Allah hidupkan abg balik. adik tau tu semua takkan terjadi. tp adik nak jugakkk. abg , adik mcm nak gila bila abg takde. even adik ada abg mel , tp dia tak sama mcm abg. abg , kenapa masa abg hidup abg pesan kt abg mel supaya jaga adik bila abg takda. abg , adik taknak susahkan org lain lahhh. adik dah boleh berdikari. abang , kenapa abg mel tau semua yg adik suka & tak & even rahsia adik yg adik bgtau kt abg je tp abg bgtau dia ? abg , mesti abg dah tau yg abg akan tinggalkan adik utk forever kan tu sebab abg dah cakap semua pasal adik kt abg mel. abg , adik taknak susahkan abg mel. abg , abg mel sanggup tak further study dia dekat US semata-mata nak jaga adik sebab tu amanah abang yang terakhir. abg , adik taknak ahhh mcm ni. tu kan masa depan abg mel jugak.adik dah pujuk abg mel tp dia tetap taknak ahhh. adik taktau mcm mana nak cakap lg ? abg , hari tu masa adik & abg mel & kawan-kawan abg kt rumah abg , masa malam tu abg mel masuk bilik abg , lama sangat , dia cakap dia nak ambil baju abang sbb dia nak pinjam , tp adik tgk lame jeee dia masuk bilik abg , bila adik naik pegi bilik abg , abg masa tu hanya Allah je tahu mcm mana sayang nye dia kt abg. dia nangis abg. adik terkejut sangat sebab sepanjang abg takde , adik rasa dia org paling kuat sbb dia tak nangis punnn. adik egt abg mel tak sedih abg takde , rupa-rupanyeee dia sorokkan sedih dia. abg , kuatnyeee abg mel. dia sanggup tak tunjuk sedih dia tp adik ? abg , seumur hidup adik tulah lelaki yg adik rasa betul2 kawan sejati utk abg , abg , mesti abg tgk abg mel nangis kan ? adik tak sanggup tgk abg mel masa tu , tp bila adik masuk bilik abg , abg mel terus lap airmata dia lepastu pura-pura ketawa. masa tu adik nangis abg. adik ckp ngn dia , jangan sorokkan sedih tu boleh tak ? tp abg mel tetap dgn lawak dia. tp bila adik cakap yg abg mel anugerah terindah dari Allah utk abg & adik , terus abg mel peluk adik & nangis. hanya Allah je tahu mcm mana perasaan kiteorg masa tu abg ? abg mel nangis sungguh2. abg mel cakap abg mel tak kuat. :((( YA ALLAH , kenapa Kau ambik abg dari kami YA ALLAH. YA ALLAH , kami tak dapat terima pemergian dia. abg , kenapa abg baik sangat ? org selalu cakap , org yang baik akan selalu diambil oleh Allah secepat mungkin. abg , kalau adik lepak ngn abg , mesti kadang-kadang adik terlintas fikir ' mungkin Allah akan ambil abg cepat sbb abg baik sangat ' & semua tu betul. abg , bg adik abg pari-pari yg suci. abg , abg terlalu baik sangat. bila dik gaduh dengan mama , abg lah org pertama yg nasihatkan adik , abg lah sebab nye adik tak benci mama. abg , abg lah anak terbaik untuk mummy. YA ALLAH , adik kalau tgk abg layan mummy , mcm abg layan puteri. best nyeee mummy. abg , mummy punnn selalu rindu abg. mummy selalu suruh adik datang kl hujung minggu & teman mummy ziarah taman raudah abg. abg , untung abg ada mummy yg baik cm tu , adik suka sangat tgk mummy tanam pokok kt taman raudah abg. setiap hari mummy upah seorang utk jaga taman raudah abg. ALLAHUAKBAR. mummy sayang kan abg sangat-sangat. abg , kalau adik jejak je kt tanah perkuburan tu , adik dapat rasa yg taman raudah abg paling tenang even ramai lg org-2 besar kebumi kt sana. abg , bg mummy , adik , abg mel , tempat yg paling tenang ialah taman raudah abg. abg , bila adik kt sana , adik rasa yg abg terlalu dekat dgn adik. bila adik kt sana jugak , adik rasan setenang-tenangnyeee. ALLAH TU MAHA BESAR , kan abg ? tp abg. adik rasa mcm tak puas jeee gelak dgn abg. YA ALLAH , kau kuatkan lah aku. aku dah tak mampu YA ALLAH. abg , bangunlahhh kejappp. pleaseee lahhh. adik nak peluk abg nak cium abg & lepastu adik nak ikut abg. adik dah tak kuattt. abg , kalau abg ada ni , mesti abg takkan bg adik nangis kan. tp abg dah takde , bila adik nangis takde org amek kesahhh. abg , adik minta maaf sebab adik tak mampu nak terima pemergian abg lagi. adik dah cuba banyak kali tapi adik tak mampu , tak mampu , maafkan adik lagi sekali. abg , adik nak nangis lagi ni sbb adik terharu sangat sbb abg jahitkan sendiri baju untuk pagi hari raya haji. thanks abg. hmmm baju tu abg mel yg bg. terlalu cantik baju tu abg. adik dapat jeee baju tu , adik terus gantungkan sbb abg mel ckp baju ni abg dah iron & basuhkan. abg , adik suka sangat. mlm tu adik pakai jeee baju tu. sampai mama ayah semua tegur adik. tp adik rindu abggg. abg , pagi tu masa mama ajak pergi masjid. bila adik tgk baju tu adik nangis. adik tak pakai baju tu sbb adik taknak org lain tgk , biar adik sorang jeee tgk. abg , masa adik kt masjid semua org cakap adik happy , tp takde siapa punnn yg tau dalam hati ni abg ? takde org tau mcm mana sedih nyeee adik takde abg ? kalau abg ada , mesti abg akan tolong sesame. tp hari tu ? adik carik abg tp abg takde. mana abg pergi ? :((( adik tak duduk lame kt masjid sbb adik tunggu abg tp abg takde punnn. abg , bila adik tgk kubur yg dekat2 dgn masjid tu , adik teringat abggg. rindu datanggg. YA ALLAH , tolonglah bg abg balikkk. untuk kali ni jeee & aku janji aku akan jaga abg dgn baik. tolonglah ? :((( abg mel , kalau abg baca adik minta maaf sangat sangat sangat. bukan adik tak hargai abg , tp adik belum boleh terima abg mel as pengganti abg faries. sorry , abg mel. i love you too my dear brother. YA ALLAH , mlm ni boleh tak bg aku jumpa dgn arwah abang. aku terlalu rindukan dia. abg , engat , abg selalu dalam hati adik. tak ada org yg boleh gantikan abang. adik sayang abg sampai akhirat. itu janji adik. abg , tenang lah di sana. moga abg ditempatkan di kalangan org yg beriman. aminnn.
 I LOVE YOU , tengku putera muhammad ariel faries iskandar. -.-'

much love , dee dieya. -.-'