Friday, November 18, 2011

hari -hari saya ceria dgn kehadiran mereka. -.-'

assalamualaikum. selamat petang. salam 1malaysia. HEEE. -.-'

faham tak tajuk entry saya kali ni ? mestilah faham kannn. kalau tak faham tu , meh sy terangkan , hm , maksud tajuk entry tu ialah ' hari-hari saya penuh dgn gelak tawa dgn adanya mereka '. hm siapakah mereka itu ? mereka adalah sahabat saya , sahabat yang paling saya sayang. okay. saya ada tiga sahaja sahabat yg boleh buat saya gembira , ketawa sampai hentak2 meja , gelak sampai org lain sakit hati. saya sayang diorang sangat sangat sangat. mereka adalah , bff saya & sahabat2 karib saya. mereka sangat cantik , comel. mereka memang terlalu cantik sehinggakan ada mulut2 busuk yg suka mengata mereka kerana cemburu dgn kecantikan mereka. HEHEHE. pehal byk sangat mereka ni ? HEHEHE. sajeee je taknak letak nama diorang dulu , saje jugak nak bg korang bace sampai habis. hm. saya akan letak gambar ohsem mereka & cerita sedikit tentang mereka. mereka penting dalam hidup saya. sangat penting. tidak ada yang boleh pisahkan kami melainkan Allah. okay , sekarang sesi untuk memperkenalkan org yg penting dalam hidup saya selain keluarga saya. mereka adalah jeng jeng jeng ~ ~ ~ ~ ~  :

# BFF


nama : nurhidayatul anis binti nawawi
tarikh lahir : 25 may 1995
bg saya : dia adalah bff saya.

okayyy. saya kenalkan yg ni dulu. bg saya , dia adalah nyawa saya. sebab apa ? sebab dia adalah sahabat terbaik yg saya pernah ada. dia bukan lah sahabat yang hadir bila saya dalam susah , tp dia adalah sahabat yg sentiasa ada dalam apa jua situasi. bukti nyeee , bila saya dalam susah dia lah yang akan bagi pelbagai nasihat , sokongan , dorongan. saya masih ingat lagi bila masa tu saya gaduh dgn mama. dia lah org pertama yang tahu.masa tu , saya & dia masih lagi kawan biasa. tp saya taktau kenapa hati ni tergerak utk call dia dulu , & masa tu saya tak malu nangis bila call dia. dia bg saya semangat. saya terharu sangat. terlalu banyak semangat yang dia bg. bila org dalam masalah , perkara pertama fikir mesti lari rumah kan , begitu juga saya , saya pun fikir mcm tu. tp dia banyak bg saya nasihat sampai saya rasa perbuatan lari rumah tu paling bodoh. setiap kali dia bg saya semangat , nasihat , sokongan , dorongan , tunjuk ajar , saya akan sangat terharu. dia bukan kawan yang bila dalam masalah , selesaikan dgn remeh. tp dia sahabat yg , bila saya ada masalah , masalah tu mcm masalah dia jugak. saya kenal dia masa sekolah rendah lagi. tp masa tu , saya tak rapat sangat dgn dia. tp bila naik tingkatan 1 , saya masih lagi tak rapat sangat dgn dia sebab dia ada geng. bila tingkatan 2 , saya okay okay je dgn dia & tak selalu sangat jumpa , bila tingkatan 3 , saya dah mula rapat sangat dgn dia , hm, makan dalam kelas sama2 , tak buat kerja sama2 , gosip sama2. saya rindu masa tu. rindu sangat. :((( bila saya tingkatan 4 , alhamdulillah saya dapat masuk sama kelas dgn dia , 4K3 , jyeah , kali ni saya dapat duduk sama2 dgn dia , okayyy , sumpah best sangat duduk dgn dia , sebab nyeee , dia sorang jeee boleh layan perangai saya , hanya dia seorang sahaja. kalau saya suka someone , dia jugak org pertama yg akan tau , sebab hanya dia je tau layan gila2 saya. sumpah saya terharu dah dgn dia. sayang dia banyak. kalau saya gaduh , dia jugak mesti akan benci diorang. saya rasa selamat pulak dgn dia. HEHEHE. takdelah , dia bukan backup saya , tapi dia sahabat karib utk selamanya. insyaallah. amin. okayyy , sekarang saya sedih sangat sebab saya takut tahun depan saya tak dapat duduk sama2 dgn dia , saya taknakkk turun lah , saya nak duduk dgn dia , saya taknak kelas tu , sebab mereka semua tak boleh jadi mcm dia. dia satu dalam sejuta. jyeahhh. saya sayang dia sangat. saya tak perlukan kawan berjuta-juta , tp cukuplah sekadar Allah bg saya peluang utk menjadi sahabat dia sehingga akhir hayat kami & bagilah saya peluang utk jadi sahabt yang terbaik untuk dia. YA ALLAH , janganlah kau ambil dia dari hidup aku , bagilah aku peluang utk ada dgn dia setiap situasi. YA ALLAH , terima kasih kau kurniakan aku sahabat sehebat begini. syukur alhamdulillah. saya sayang dia. saya bukan lesbian tp saya sayang dia kerana dia sahabat karib terbaik saya yg faham segala-gala tentang saya. bff , thanks dah jadi sahabat terbaik untuk saya. janganlah mendoakan perpisahan kami , kerana kami tak sanggup kalau itu terjadi. BFF. <3 -.-'

# sahabat karib saya


nama : atiqah binti azman
bg saya : dia adalah sahabat karib terbaik saya

okayyy. dia ni sahabat karib saya. dia juga penting dalam hidup saya. saya mula kenal si cantik ni bila dia mula masuk sekolah. dia masuk mgss masa form1. dia masuk pertengahan tahun mcm tu kot , mula2 saya tak suka sangat sebab maybe dia budak baru kottt , biaselah budak baru mesti ada yang anggap macam2 , then form2 saya tak sama kelas dgn dia , tp saya rapat lah jugak dgn dia , bila form3 saya dapat satu kelas dgn dia. jyeahhh. tak sangka dari sini saya rapat dgn dia , dia duduk sebelah saya , memang best gila , sebab dia jeee rajin layan saya cakap , & kalau nak tau , dia tau kebanyakan pasal family saya , bukan sebab dia penyibuk , tp sebab saya suka cite dgn dia , sebab dia bg respon yang sangat best , & kiteorang jugak paling berani berbual masa cikgu disiplin tgh ajar. okayyy. saya suka cara dia yg sangat sempoi , dia kalau cakap apa2 , dia mesti goyang2 kaki dia & buat muka comel dia tuhhh. kadang2 sakit hati jugak , tp dah tu perangai dia , tp comel jeee. saya rindu nak tengok dia makan. sebab kalau dia makan , dia mesti goyang kaki & pegang hujung sudu garfu. sangat luar biasa. dia jugak tak boleh tegur sebab kalau tegur dia buat something tu , dia mesti lagi galak buat , contohnyeee kalau dia goyang kaki , kalau suruh benti , lagi laju dia buat. rindu kau weh. :((( bg saya , dia sangat baik , even org selalu cakap dia pentingkan diri , tp bg saya & kawan-kawan dia yg dah rapat dgn dia , dia sangat baik dengan kawan-kawan. okayyy sekarang dia dah stay afrika sebab ayah dia dapat kerja sana , mula2 dia kata ayah dia jeee pegi tp last2 dia cakap semua ikut. sedih sangat dia pergi. kalau tak mesti dapat amik SPM same2. tapi takpelah , mungkin takdir dia stay sana. tp dah lama tak jumpa dia , rindu sangat2. kalau dia balik , saya nak jumpa dia nak peluk dia. HEHEHE. rindu lahhh. :((( YA ALLAH , janganlah Kau pisahkan kami , cukuplah sekali kesalahan yg aku dah buat , Kau peliharah hubungan kami supaya kami menjadi rakan yang saling membantu & saling mempercayai sampai akhir hayat. amin. saya sayang awak , kawan. <3 -.-'

# sahabat baik & gila-gila saya


nama : noor amira ayu binti armirol andy
bg saya : dia adalah sahabat karib yang paling gila-gila

okayyy. dia ni sangat sporting , kalau duduk dengan dia rasa nak gelak jeee. dia pun paling suka dengan ayat dia yg tak ade org boleh cakap. HEEE. saya mula kenal dia form3 tp tak kenal sangat lah. tp saya dah rapat dgn dia mase form4. dia ni cantik. kalau borak dgn dia , best jeee , dia ni tak suka berlagak even dia mewah sekali punnn , tak mcm sesetengah org yg baru kaya sikit , tapi dia punya kecoh YA AMPUNNN. HEEE. amek kau dah endon pulak. dia juga banyak membuat hari-hari saya lebih ceria. saya sayang dia. YA ALLAH , peliharah persahabatan kami sehingga ke akhir hayat kami. saya sayang awak banyak ah , kawan. <3 -.-'


okay sampai sini jeee. saya minta maaf kalau ada pihak terasa dgn apa yg saya cakap. tp ini takde kaitan dgn yang hiup atau mati. saya cuma cakap berdasarkan apa yang saya lihat. thanks sudi baca sampai habis , korang adalah semangat saya. LOVE.

much love , dee dieya. -.-'

No comments:

Post a Comment